16 Feb. 2017 - Mesyuarat PIBG ke-40 SKTSGJ yang telah diadakan pada hari ini amat bermakna dengan kesudian YB Dato' Dr. Shamsual Anuar Hj. Nasarah - Ahli Perlimen Lenggong untuk merasmikan majlis. Beliau sebelum itu telah merasmikan pembukaan dewan sekolah , Dewan Al-Ghazali yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah khususnya pelajar sendiri untuk mejalankan aktiviti.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Ramli. Untuk ucapan pembukaan, YDP PIBG En. Mohd Azuan B. Abd Rahaman telah dijemput berucap dan ucapan alu-aluan pula disempurnakan oleh Pn Guru Besar, Pn. Khairiah Abd Kadir.
Seperti yang dinantikan, YB Dato' Dr. Shamsual Anuar dijemput naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata sebelum acara gimik perasmian dewan sekolah dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dua orang murid yang menyanyikan lagu pilihan khas buat tetamu.
0 Ulasan