17hb Ogos 2016, Rabu - Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah SKTSGJ telah diadakan di dewan terbuka sekolah. Seluruh warga sekolah telah bersama-sama meraikan malis penuh makna ini. Majlis telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn Khairiah sebelum disusuli dengan persembahan gimik dan nyanyian lagu patriotik serta kibaran jalur gemilang.
Sepanjang sambutan kemerdekaan ini pelbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya adalah pertandingan keceriaan kelas, mewarna, melukis poster, perarakan dan sebagainya.
0 Ulasan