Berita

Majlis Perpisahan En Sobri, Pn Noor Anis & Pn Norliza

11 FEB. 2017 - Satu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Terbuka SKTSGJ bagi meraikan tiga orang guru sekolah ini iaitu En. Sobri, Pn. Hjh. Noor Anis dan Pn. Norliza yang telah berpindah bermula awal tahun ini.

Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan untuk meraikan perpindahan tersebut bermula sekitar jam 12 tengahari dan turut dihadiri oleh semua kakitangan sekolah. Turut hadir ialah jemputan YDP PIBG, En. Azuan. Dalam majlis ini, guru besar, Pn Khairiah Abd Kadir yang mewakili pihak sekolah keseluruhannya mengucapkan selamat maju jaya dan merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada yang diraikan atas segala sumbangan selama berkhidmat di SKSTGJ.


0 Ulasan

      avatar