­
Program Hari Kantin Sekolah - 6 March 2016

PIBG

Program Hari Kantin Sekolah

 

SK Tan Sri Ghazali Jawi – 5 hb Mac 2016, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Hari Kantin bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum yang dirancangkan pada tahun ini. Tujuan dan objektif program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan adab-adab semasa berjual beli, mengikatkan tali silaturrahim antara warga sekolah dan ibubapa serta komuniti setempat di samping menjana pendapatan untuk sekolah.

Peganjuran kali ini juga mendapat penyertaan dari Bank Rakyat cawangan Gerik, pameran oleh Unit Trafik Polis (PDRM) dan pemeriksaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Hulu Perak.

Terima kasih untuk semua warga sekolah yang menjayakan program ini.



0 Ulasan

      avatar