20 Feb. 17 - Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.
Pelancaran Program Anti-Dadah peringkat sekolah kali ini disempurnakan oleh Pn. Khairiah Abd Kadir seterusnya ceramah ringkas berkaitan bahaya dadah dari En Mohd. Hafiz bin Yusuff - Timbalan Pengerusi PEMADAM Hulu Perak kepada murid-murid.
0 Ulasan