Berita

Program Mentor Mentee & Sambutan Hari Jadi

22 Ogos - Bagi merealisasikan Program Amalan Guru Penyayang, SK Tan Sri Ghazali Jawi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid serta guru yang lahir pada bulan Jun hingga Ogos.

Para murid dan guru telah dihadiahkan secawan kek yang disampaikan oleh Puan Guru Besar iaitu Pn Khairiah sambil diiringi dengan nyanyian Lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan-rakan yang lain serta para guru. Walaupun majlis tersebut dibuat secara ringkas, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid-murid dan guru-guru terutama kepada mereka yang diraikan.


Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui majlis ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat mereka.



0 Ulasan

      avatar