9 September - Pertandingan Pakaian Beragam Peringkat Prasekolah hari ini telah diadakan di bawah pengelolaan Pengurusan Pra Sekolah SKTSGJ melibatkan dua buah kelas pra sekolah.
Kesemua murid mengambil bahagian dengan menampilkan kreativiti masing-masing menggayakan pakaian bertemakan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara pada tahun ini.
Acara tersebut yang dijalankan sebagai salah satu program dalam sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah merupakan acara kedua dalam sesi berkenaan, selepas Program Semarak Kemerdekaan. Pertandingan kali ini dihoskan oleh En Azhar dan acara ini juga turut mendapat sokongan ibu bapa.
Pihak sekolah mengharapkan agar semua murid yang terlibat dalam acara-acara sempena Bulan Kemerdekaan 2016 dapat merasai kemeriahan sambutan peringkat sekolah tahun ini, serta menimba ilmu dan pengalaman tentang sejarah kemerdekaan negara. Sekalung penghargaan disampaikan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program kali ini.
0 Ulasan