Aktiviti KK

Aktiviti Merentas Desa Peringkat Sekolah

18 Januari 2017 - Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKTSGJ. Pada tahun ini, acara merentas desa melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6.

Aktiviti bermula pada jam 3 petang di samping guru-guru saling membantu menyusun murid-murid untuk acaran pelepasan. Sebelum itu, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu para guru. Selepas itu, En. Azhar memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
     Tepat jam 3.45 petang, acara merentas desa bagi peringkat sekolah dimulakan dengan jayanya. Acara mengambil masa satu jam dan acara penyampaian hadiah dilaksanakan sebaik sahaja acara merentas desa ditamatkan. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Pn Khairiah Abd Kadir.

Lagi Berita Menarik


0 Ulasan

      avatar