Peraturan Kepada Ahli Forum
Peraturan ini ditetapkan untuk menjaga isu sensitiviti setiap ahli yg berdaftar. Ahli
yang berdaftar secara automatik akan tertakluk kepada terma dan syarat
yang ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran Portal.
Tatasusila Berforum
Setiap ahli Forum adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Amaran dan teguran moderator mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan
lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari
forum akan dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.
NickName
Anda boleh memilih mana-mana nick yang bersesuaian dgn etika.
Setiap ahli dibenarkan mendaftar dengan 1 nick sahaja dan tidak dibenarkan
menukar nick atau menggunakan banyak nick setelah mendaftar sebahagai
ahli Forum. Pihak admin berhak membatalkan mana-mana nick pengguna yanag
tidak menepati syarat tanpa sebarang notis.
Peraturan mandatori
1. Ahli forum hendaklah sentiasa mematuhi Perlembagaan dan undang² negara Malaysia.
2. Ahli forum ditegah sama sekali bersikap perkauman dan diskriminasi.
3. Penggunaan bahasa² lucah dan bahan² lucah adalah di larang sama sekali.
4. Dilarang sama sekali membincangkan perkara² yang berunsurkan politik.
5. Provokasi di antara ahli juga ditegah.
6. Sentiasa menghormati ahli² lain yang berforum.
7. Mesti menghormati amaran dan teguran Kumpulan Pengurusan Forum @ Kumpulan Moderator.