Profil
Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung , Daerah , Negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa. Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009), . Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006. Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia ( 2009 – Kini ) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia ( 2007 – 2009 ). Dalam bidang korperat beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif kepada Myeg Servis Berhad sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Kuala Lumpur. Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN )Beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya . Beliau juga adalah lulusan Ijazah Sarjana ( Master ) Pentadbiran Awam di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia ( UUM ). Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki.