
Selamat datang ke Portal SK Tan Sri Ghazali Jawi.
Sebagai makluman sebelum anda mendaftar, tujuan portal ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pengunjung memperolehi maklumat terkini berkenaan aktiviti sekolah dalam pelbagai bentuk seperti berita dan laporan. Ini juga merupakan medium untuk menerangkan kepada umum mengenai peranan yang dimainkan oleh pihak SKTSGJ dalam proses pembangunan murid yang komprehensif selari dengan motto kami "Maju Jaya".
Melalui portal ini juga, para pengunjung dapat mengetahui dengan lebih jelas maklumat mengenai objektif, aktiviti serta program yang dilaksana dan dianjurkan oleh pihak sekolah dalam pelbagai acara seperti sukan, sosial, akademik, budaya, rekreasi dan lain-lain yang boleh dilayari dalam versi mesra gajet. Di samping itu pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat asas di antaranya adalah senarai Pentadbir, Guru atau Staf serta organisasi PIBG. Di samping itu juga, maklumat-maklumat terkini disediakan kepada pelawat seperti artikel menarik dan berguna yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan medium ICT yang optimum.
Kami amat mengalu-alukan anda untuk mendaftar sebagai ahli bagi memudahkan aktiviti interaktif anda ketika melayari portal ini seperti membuat ulasan, forum dan menulis artikel untuk disiarkan dalam ruangan blog.
Sebagai pemudah cara, anda boleh mendaftar hanya beberapa klik sahaja dengan menggunakan ID laman sosial anda sendiri seperti Facebook, Twitter atau Google.